Nama Pencetak Wajib Ada Pada Bahan Kempen Pilihanraya

Adakah peraturan terbaru SPR sempena kempen kali ni akan menguntungkan syarikat printing?

Di Malaysia ni, rasanya tak lengkap pilihanraya kalau tak nampak banner, bunting dan bendera di sepanjang jalan. Di sinilah offline marketing dan branding yang bagus, akan mampu membuatkan pengundi atas pagar buat keputusan untuk mengundi berdasarkan bilangan bendera yang dia nampak sepanjang jalan keluar rumah ke pusat mengundi.

SPR sejak tahun 2012 telah mengeluarkan peraturan baru berkaitan dengan bahan kempen pilihanraya bercetak, seperti banner, bunting, flyers dan sebagainya. Tapi penguatkuasaan daripada Pasukan Penguatkuasan Kempen Pilihanraya (PP-KPR) tak meluas.

BN dengan bajet berjuta ringgit memang dah mula kempen dari minggu ni lagi. Bendera dan banner kain

Berikut ialah buku panduan soal jawab berkaitan dengan PP-KPR.

KELEBIHAN

Anda nampak tak apa yang best kali ini?

Ni basically merupakan free advertising. Macam orang buat kad kahwin. Mesti ada info kedai yang buat kad kahwin tu.

Parti politik pun terpaksa akur dengan peraturan yang dibuat oleh SPR kali ini. Semua bahan bercetak kena ada logo parti, nama syarikat pencetak dan no telefon.

SEBAB

Antara sebab SPR buat peraturan macam ni, antaranya ialah nak tahu siapa yang buat banner ‘fake’. Dah banyak kali dah berlaku camni. Sebabnya ada pihak yang cuba untuk provoke samada dengan bentuk tulisan yang kasar ataupun gambar yang tak sopan.

Contoh kalau ada pihak A yang buat banner undilah si X, tapi mesej dia lain macam je, memang kita tahu la, bukan pihak A yang buat. Tapi pihak B yang saja nak psiko pengundi kawasan tersebut.

MASALAH

Selain nama syarikat percetakan tu ada pada banner, akan timbul isu juga bila kita tahu siapa yang cetak. Tengok contoh banner BN baru-baru ni, dah kantoi la BN tempah dengan company dari Shanghai.

Aku fikir lebih baik la guna company proksi yang Sdn Bhd, yang takde kaitan langsung dengan orang BN sebagai pemegang saham di syarikat tersebut untuk uruskan order di China. Memang la betul print kat China memang murah.

ISU-ISU LAIN

1. Aku nampak kemungkinan ada je parti yang akan letak nama company yang tak tepat. Kalau dah beribu-ribu bahan kempen, adakah SPR ada masa nak check satu persatu?

2. Kemungkinan tulisan akan jadi sangat halus kalau sekadar fotostat saiz A6.

3. Staf pihak berkuasa tempatan (PBT) dan staf SPR terpaksa tambah kerja nak ronda dan pantau bahan kempen yang tak ikut peraturan.

KESIMPULAN

Peraturan terbaru SPR ni memang satu cara terbaik untuk promosi kedai printing. Bayangkan beribu-ribu banner ada nama kedai kita. Sepanjang tempoh 11 hari kempen, ada je di jalan. Kalau print flyers dan simpan di rumah, orang boleh terus call kalau nak dapatkan printing service.