Walaupun sekarang zaman digital, flyers ni tetap penting. Walaupun susah sikit nak track conversion tapi tak mustahil kalau Call-to-action (CTA) dalam flyer ni dibuat khusus untuk kempen yang guna flyer macam ni.

Ada 5 teknik kalau nak buat offline to online conversion.

1. Guna domain website khas untuk kempen

Domain untuk kempen tak semestinya sama dengan domain website rasmi. Contoh syarikat Nike, mereka menggunakan domain khas ataupun subdomain sepertiĀ http://justdoit.nike.com

2. Guna URL pendek

Jika anda tak ada bajet untuk beli domain khas, pastikan link tersebut hanya ada kat dalam flyers tu saja. URL tu boleh la redirect ke website atau landing page yang berkenaan.

Antara website yang menawarkan URL pendek ialah

3. Gunakan nombor telefon khas

Biasanya dalam flyers, kita akan letak nombor telefon untuk WhatsApp atau hubungi kita. Dari situ kita boleh tahu hanya orang yang dapat flyers ni saja akan hubungi kita dengan nombor khas tu.

Untuk mendapatkan nombor telefon sekarang lebih murah. Gunakan nombor prabayar lebih baik sebab lebih jimat. Biasanya hanya perlu kekalkan topup RM30 sebulan.

4. Gunakan kupon kod

Yang ni kalau anda ada website e-commerce, boleh la letak kupon kod dalam flyers tu. Kebanyakan sistem ecommerce seperti Shopify, WooCommerce mempunyai fungsi untuk memberi diskaun dalam bentuk kod kupon.

Kupon kod boleh digunakan dengan memilih produk tertentu, diskaun harga ataupun peratusan dari jumlah harga di dalam cart.

5. Guna Kod QR

QR code merupakan sebuah pattern yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat selepas mengimbas kod tersebut. Kamera dalam telefon Apple mempunyai fungsi pengimbas kod QR yang terbina dalam. Dari kod QR tersebut, kita boleh redirect ke URL seperti bit.ly tadi tu.

Antara kelebihan kod QR juga ialah ia memudahkan orang dari taip URL yang panjang dan mengelirukan.

Antara website yang anda boleh dapatkan kod QR ialah:

Tapi ingat, kena pastikan design yang print flyers ni memang eksklusif dan tak sama dengan sebaran online spt media sosial. Kalau tak susah nak ukur keberkesanan flyers korang.

Kesimpulan

OK la takat ni cuma 4 teknik yang aku boleh fikirkan untuk offline to online conversion. Korang kalau ada teknik lain, bolehlah share di ruangan komen di bawah. šŸ˜‰

Leave a comment

%d bloggers like this: