Panduan Menyediakan Profil Syarikat

Setiap perniagaan samada milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad perlu ada profil syarikat. Profil syarikat ini boleh jadi dalam pelbagai bentuk. Tapi yang kebiasaannya profil syarikat dibuat seperti buku yang ‘binding’ dengan comb binding.

Apa itu Profil Syarikat?

Profil syarikat merupakan sebuah dokumen yang mengandungi maklumat-maklumat penting bagi sesebuah perniagaan dan syarikat.

Kelebihan memiliki profil syarikat

Terdapat pelbagai kelebihan jika anda mempunyai profil syarikat dalam versi hardcopy atau bercetak.

  • Boleh dibawa ke mana-mana untuk tujuan pemasaran dan memperkenalkan syarikat
  • Syarikat anda akan kelihatan serius dan tersusun (organized)
  • Syarikat anda jujur dan tiada apa perlu diselindung. Maklumat boleh diperolehi dengan mudah.

Panduan Menulis Profil Syarikat

  • Anda boleh menulis profil syarikat dengan menggunakan perisian dan software seperti Microsoft Word.
  • Tetapkan saiz kertas kepada saiz A4 dan layout portrait.
  • Kumpulkan dokumen yang penting terlebih dahulu
  • Scan / imbas dokumen seperti borang SSM
  • Ambil gambar premis, pemilik, lembaga pengarah

 

Isi Kandungan yang wajib ada

Apakah yang perlu dimasukkan dalam profil syarikat? Hasil daripada tinjauan kami, berikut merupakan antara isi kandungan yang boleh dimasukkan dalam profil syarikat.

  1. Muka hadapan – logo syarikat, nombor pendaftaran
  2. Isi Kandungan
  3. Misi dan visi syarikat
  4. Maklumat info syarikat – alamat, maklumat perhubungan, email, faks, telefon etc.
  5. Carta Organisasi
  6. Biodata pemilik syarikat / CEO / Lembaga pengarah
  7. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
  8. Gambar premis, hadapan kedai dan ruang bekerja
  9. Portfolio dan projek yang telah atau sedang dijalankan
  10. Senarai klien utama
  11. Sijil dan borang dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  12. Sijil dan dokumen dari Kementerian Kewangan (jika berkenaan)
  13. Sijil dan dokumen yang berkaitan

Template dan contoh profil syarikat

Berikut ialah contoh-contoh profil syarikat untuk rujukan anda berdasarkan pelbagai industri dan perniagaan yang ada di Malaysia.

Template Design profil syarikat professional

Anda juga boleh mendapatkan template yang professional dan ubahsuai mengikut maklumat syarikat anda.

 

 

Leave a Comment

%d bloggers like this: