Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang sangat dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.

Pada saat inilah berlakunya kerancakan ekonomi yang sangat aktif.

Antara sebab rakyat Malaysia sangat suka berbelanja pada bulan puasa ialah kerana lapar.

Apabila manusia lapar, mereka tidak membuat keputusan yang rasional.

Memang kebiasaannya manusia membeli kerana emosi.

Tetapi pada bulan puasa ini, pengguna lagi terdedah dengan pelbagai promosi dari bisnes dan peniaga.

Oleh itu sebagai pemilik bisnes, bulan puasa yang akan tiba tak lama lagi, bakal menjadi peluang untuk anda capai target jualan luar biasa jika anda merancang dengan betul.

Apa yang perlu anda rancang?

Sertai komuniti Facebook Printar Marketing Support untuk tonton video persediaan raya

Persediaan No 1 – berapa jumlah yang ingin dicapai

Atau bahasa lainnya, berapa duit raya yang anda nak? Berapa banyak anda perlukan untuk beraya sakan?

Anda boleh senaraikan keperluan untuk raya. Contohnya:

Keperluan diri sendiri:

  • baju raya
  • kuih raya
  • juadah raya (lemang, ketupat, rendang etc)
  • perabot & langsir raya
  • duit raya untuk ahli keluarga, saudara mara dan tetamu
  • maintenance kereta
  • sewa kereta balik kampung
  • minyak & tol untuk balik kampung jalan2 raya
  • majlis raya / open house

Keperluan syarikat

  • elaun raya staf
  • kos untuk cover kedai/pejabat tutup seminggu

Bila dah tahu berapa yang perlu dicapai, mungkin perlu 10 ribu, 20 ribu atau 30 ribu.

Sekarang kita boleh kerja back track. Kalau perlu extra untung 20 ribu, berapa jualan dan untung lebih yang perlu dapat?

Persediaan No 2 – kenalpasti tarikh-tarikh penting

Kempen sempena raya perlu dirancang dengan teliti sebab boleh jadi stok tak cukup, bahan habis jika anda buat production.

Ada satu butik pakaian yang buat pre-order dan akhirnya tak dapat nak siapkan order.

Anda juga perlu pastikan tarikh-tarikh penting supaya tidak terlepas tarikh penghantaran jika anda masih menggunakan perkhidmatan PosLaju.

Pihak courier yang lain pun mereka ada tarikh2 akhir. Kenalpasti awal supaya anda tahu bila hari terakhir untuk menerima tempahan dan tarikh terakhir untuk pos jika nak sampai sebelum raya.

Kami cadang anda cuba gunakan perkhidmatan logistik online seperti EasyParcel dan MyParcelAsia supaya dapat jimatkan masa daripada pergi sendiri ke pejabat pos.

Persediaan No 3 – bahan kempen dan promosi

Bahan kempen khususnya jika anda buat Facebook ads, anda perlu ada copywriting, gambar dan video yang menarik.

Jika anda buat secara online atau digital marketing, kena pastikan kempen itu dibuat dengan tersusun dan anda tahu apa objektif iklan samada post engagement, video views atau send message.

Nak ada gambar, perlu buat photoshoot dan video shooting. Setiap aktiviti marketing ini memakan masa. Rancanglah dengan baik masa yang sesuai dan nak menggunakan khidmat siapa.

Pastikan juga bilakah tarikh iklan nak jalan, adakah seawal 1 Ramadan atau sebelum tu lagi?

Untuk kempen secara offline, banner, bunting, brochure & flyers printing semua hendaklah ditempah dengan awal supaya dapat diedar & digantung bunting awal-awal. Nak kena apply lesen dengan pihak berkuasa tempatan lagi. Nanti kalau lambat tak cukup tiang jalan nak gantung bulan puasa nanti!

Persediaan No 4 – team jualan – ejen, dropship

Jika bisnes anda bakal memerlukan ramai ejen, dropship untuk bantu jualan, pastikan sistem ejen anda sudah up-to-date sebelum anda mengiklankan peluang perniagaan atau buat duit raya.

Di sini, anda perlu pastikan mereka diberi latihan yang cukup, ada insentif yang menarik supaya mereka juga boleh buat duit raya!

Bahan latihan, training, dokumen, catalog, SOP, cara place order dan pembayaran hendaklah mudah difahami supaya urusan sales berjalan lancar.

Persediaan No 5 – branding untuk menarik perhatian

Yang ni memang bonus jika anda dapat buat. Sebagai menghargai pelanggan anda, anda boleh bagi hadiah percuma jika mereka membeli dengan anda.

Sempena raya, biasanya orang akan bagi sampul duit raya. Sampul duit ni boleh jadi bahan untuk branding dan marketing yang berkesan jika design menarik dan berbaloi untuk disimpan.

Tampilkan juga kelainan dengan membuat drama pendek atau iklan raya, seperti yang kita selalu tengok di televisyen.

Video iklan raya sebegini pasti menjadi perhatian jika jalan ceritanya kelakar, menyentuh hati dan kreatif.

Kesimpulan

Dengan perkongsian yang ditulis ini, kami berharap anda dapat melaksanakan kempen raya yang menarik agar dapat capai sasaran jualan anda.

Walau apapun, kami ingin mengajak para pemilik bisnes untuk berniaga dengan jujur dan beretika. Tidak guna untung besar jika tiada keberkatan terutama di bulan mulia.

Selamat maju jaya!

Kredit gambar: MahaMahu

Leave a comment

%d bloggers like this: