Persediaan Sale Hujung Tahun & Cuti sekolah

Persediaan Sale Hujung Tahun & Cuti sekolah

Cuti sekolah dah tak lama dah. Kalau anda ada anak kecil, time ni la akan bermula sesi shopping barang sekolah anak-anak especially untuk mereka yang anak baru nak melangkah masuk sekolah Tahun 1.

Hujung tahun juga kebanyakan bisnes akan melangsungkan jualan hujung tahun atau ‘Year End Sale’ (YES).

Bergantung kepada industri bisnes, sekarang masa terbaik nak habiskan stok dari awal tahun, supaya boleh nampak cantik bila tutup akaun 31 Disember nanti.

Untuk geng bisnes, kami nak bagi 3 tips persediaan sempena korang punya YES.

1. Iklan & promosi awal

Yang ni wajib buat. Samada online mahupun di jalanan. Jangan takut nak spend buat FB ads untuk buatkan penduduk di kawasan anda tahu kewujudan kedai anda yang akan buat sale. Di luar kedai juga, gantung banner besar-besar tulis Jualan Akhir Tahun!

2. Tarik customer dengan barang murah

Kenalpasti barang yang anda boleh jual harga murah, contohnya bawah RM10. Yang penting, anda tarik dulu pelanggan datang ke kedai untuk beli barang murah tu. Kemudian boleh la cuba ‘up-sell’ mereka dengan produk2 lain.

3. Beri ‘free gift’ sebagai kejutan untuk pelanggan

Samada jual secara online atau di kedai, jangan lupa selitkan juga free gift seperti barang/aksesori yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Idea lain, anda boleh bagi keychain, kalendar, sampul duit raya (kalau ada lagi), gula-gula dan sebagainya.

Semoga email kali ini bermanfaat untuk kita membuat persediaan hujung tahun ni.

P/S: Tempahan kalendar masih dibuka. Dapatkan kalendar dinding yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai ‘free gift’ untuk pelanggan anda.

Leave a Comment

%d bloggers like this: