Anda dah dapatkan premis kedai untuk berniaga, dan sekarang anda perlukan signboard atau papan iklan?
Di Ipoh bawah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), anda perlu dapatkan lesen.
Anda boleh layari website E-Lesen MBI di https://e-lesen.mbi.gov.my.
Daftar akaun dan password. Isi maklumat syarikat anda.
Berikut ialah senarai dokumen yang anda perlu scan dan upload ke dalam sistem.
  1. Artwork –┬áSatu salinan contoh iklan papan tanda / reka bentuk yang disahkan oleh Jurutera Awam / struktur dan cadangan warna.
  2. SSM – Borang D, complete set, maklumat perniagaan dan maklumat pemilik dan pemegang saham
  3. Lesen perniagaan – Bagaimana Nak Memohon Lesen Perniagaan dengan Majlis Bandaraya Ipoh?
  4. Salinan Bil cukai taksir yang terbaru
  5. Pelan iklan dipamerkan –┬áPelan tempat / tapak dan gambar-gambar bertanda yang menunjukkan tempat iklan-iklan dipamerkan.
  6. Satu salinan Perakuan Pendaftaran Cap Dagangan (Trade Mark).
  7. Pengesahan bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka – Bagaimana Nak Dapatkan Pengesahan Bahasa oleh Dewan Bahasa & Pustaka?
  8. Yuran dan Fi yang berkaitan
    1. Papan tanda (setiap tahun)- bergantung kepada jenis dan saiz iklan. Sekitar RM100-200.
    2. Wang cagaran (sekali) RM500
    3. Lesen tahunan (setiap tahun)- RM 120
    4. Yuran pemprosesan (sekali)- RM50

Leave a comment

%d bloggers like this: